SRI MUTIARA ONLINE

 

lencana sekolah lama
selepas tahun 2000, lencana itu ditukarkan kepada lencana yang digunakan sekarang

(sila lihat gambarfoto staf 1970 di bawah)

1 Januari 1969 Sekolah Menengah Perempuan Jalan Air Itam ditubuhkan. Pelajar-pelajar bertumpang di Sekolah Menengah Abdullah Munshi. Bilang guru pada masa itu ialah 18 orang dengan jumlah pelajar seramai 488 orang di Tingkatan Peralihan hingga Tingkatan 2.
11 Oktober 1969 Berpindah ke bangunan baru di Jalan Air Itam (alamat sekarang) Terdiri daripada 2 blok 3 tingkat dan sebuah kantin. Jumlah bilik tingkatan ialah 24, 3 makmal sains, 2 bilik jahitan, 2 bilik masakan, 4 stor dan sebuah bilik guru.
21 April 1970 Nama sekolah ditukarkan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Sri Mutiara.
15 Sept. 1971 Pembukaan sekolah dirasmikan oleh YAB Tun Hussein Onn.
2 Jan. 1973 Blok C siap dibina - 3 makmal sains, 2 buah bilik tingkatan ,sebuah perpustakaan dan sebuah surau.
1 Jan.1980 Dinaiktaraf kepada sekolah gred A
Ogos 1988 Blok D siap dibina - 6 bilik tingkatan, 2 daripadanya diubahsuai menjadi bengkel KHB.
1988 Keluasan sekolah dibesarkan dari 2.9 ekar kepada 5 ekar dengan ditambahnya luas sebanyak 2.1 ekar.
1991 Blok B dipanjangkan dan ditambah dengan 6 bilik tingkatan.
1998 Sebuah makmal komputer ditubuhkan di blok A
2000 Projek multimedia sekolah dengan usahasama PIBG telah menubuhkan satu lagi makmal komputer di blok A
2001 Laman web sekolah dilancarkan oleh Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah.
2003 Sebuah bilik tingkatan diubahsuai menjadi bengkel KHB di blok D.
2004 Blok E siap dibina dan digunakan -4 tingkat dengan 9 bilik tingkatan, sebuah bilik gerakan/mesyuarat, 2 bilik muzik, 2 makmal komputer dan sebuah bilik server (pelayan). Sekolah satu sesi.
2005 2 makmal komputer dan bilik server dilbekalkan dengan perkakasan yang lengkap. Makmal komputer A19 ditukarkan kepada bilik multimedia khas untuk PPSMI (Pengajaran & Pembelajaran Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris)
2006

diiktiraf sebagai sekolah bestari

dianugerah Sekolah Harapan Negeri

   

 

Bil. Tahun Nama Pengetua
1 1969-1975 Pn. Raihan Hanum bt. Dadameah
2 1976-1977 Pn. Hasnah bt. Muhammad Ali
3 1977-1979 Pn. Zaharah bt. Hj. Taha
4 1980-1982 Pn. Hajjah Hajar bt. Md. Ali
5 1982-1986 Pn. Hasnah bt. Muhammad Ali
6 1986-1998 Pn. Tang Hon Yin
7 1999-2000 Datin Hazlin bt. Abdul Karim
8 2000-2004 Cik Halijah bt. Abdul Mutalib
9 2004 Pn. Siti Rohani bt. Md. Hashim PKT
10 2004-2006 Pn. Shariffah Affifah bt. Syed Abbas
11 2006-2008 Pn. Hajjah Wan Lijah bt. Wan Daud
12 2008 - 2010 Cik Norati bt. Mohd. Othman
13 2010 Pn. Hjh. Rosni bt. Ahmad